Friday, January 9, 2009

KETUANAN MELAYU D’ MALAY ARKIPLEDO


Heboh diperkatakan, apakah kita mengeti apa itu ‘Ketuanan Melayu’ atau hanya pandai memainkan dibibir sahaja. Aduh malangnya Bangsa Melayu tidak akan mengerti akan ‘Ketuanan Melayu’ itu sendiri. Aku tidak pandai, tapi aku faham dan akur atas prinsip dan falsafah ‘Ketuanan Melayu’ itu sendiri. Sedarkah Bangsaku, sekeliling kita mula mempersoalkannya, sedarlah, berpijaklah dibumi yang nyata, ketepikan fahaman politik, bersatulah Bangsaku.

Tidak sia-sia aku bazirkan masa aku pada Januari 6 dan 7 bersama-sama golongan cerdik pandai Akademik tanahair yang sangat dihormati. Bersemangat aku. Berbelas Profesor dikumpulkan oleh Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) yang dikepalai oleh Profesor Dr Abd Rahim Abd Rashid. Aku kagum, aku bangga menjadi Bangsa Melayu yang Berdaulat. Apakah kita faham dan mengerti apa itu ‘Article 153’ Perlembagaan Malaysia. Pernahkah kita baca semua ini. Kalau dah terhantuk, baru nak tergadah. Kalau bangsa lain tidak bangkitkan semua ini, sememangnya kita tidak ambil peduli. Bacalah ia. Nescaya kamu akan faham apa itu yang diperujuangkan oleh golongan cerdik pandai dalam ‘Ketuanan Melayu’ itu sendiri.

Masa berlalu seiring dengan permodenan, kedidupan Masyarakat Malaysia begitu juga apa yang telah dicapai melalui perjanjian pada zaman pra kemerdekaan, membawa kepada era kemerdekaan dan seterusnya kepada era kemerdekaan dan pasca kemerdekaan. Lupa? Sengaja dilupakan? Atau memang buat-buat lupa. Benarlah kata Tun Mahathir, Melayu Mudah Lupa, tapi ada segelintir Melayu tidak akan lupa dengan apa yang mereka ada dan siapa mereka di tanahair sendiri.

Masyarakat Melayu semacam begitu tenggelam atau terpesona dengan nilai-nilai universalisme seperti hak sama rata, kesamarataan, ‘equal right’, ‘civil liberties’, hak asasi dan ‘good governance’ sehingga semua ini dijadikan topeng atau umpan untuk sebenarnya menonjolkan isu kaum

Dengan itu, apakah Hak Melayu ini mesti bekorban kerana kebangkitan nilai-nilai sejagat baru ini semata-mata untuk mengakomodasikan permintaan dan desakan kaum bukan Melayu? Apakah kontrak yang diterima dahulu semudahnya dihapuskan?

Ingatlah Bangsaku, Ingat, Ingat, Ingat.

Para Penceramah Dan Kertas Pembentangan

a. Bahaya Politik Penolakan Ketuanan Melayu “Prof Dato’ Dr Kamarudin Kachar”

b. Peranan Pemimpin Politik Dalam Menghadapi Arus Kebangkitan Politik Perkauman & Globalisasi “Prof. Dr Ahmad Atory Husin”

c. Mengukuhkan Ketuanan Melayu Dalam Sektor Pendidikan Negara “Prof Dato’ Dr. Ab Rahim Selamat”

d. Memperkasakan Ketuanan Melayu Dalam Dunia Pendidikan Tinggi “Tan Sri Prof Dr Anuar Ali”

e. Sejarah Perkembangan Ketuanan Melayu Mendasari Sistem Politik Malaysia “ Prof Emiritus Datuk Wira Dr Mohd Yusof Hj Hashim”

f. Perjuangan Kaum Bukan Melayu Mengatasi Hak Pribumi “Prof Madya Dr Ahamad Nizammudin Sulaiman”

g. Dato’ Onn Jaafar & Perjuangan Ketuanan Melayu “Prof Dr Durrishah Idrus”

h. Ketuanan Melayu Dalam Pembentukan Kenegaraan Malaysia “Prof Madya Dr Rosman Md Yusoff”

i. Patriotisme, Nasionalisme & Ketuanan Melayu Satu Perspektif Sejarah “Prof Dr Abdullah Zakariah”

j. Ketuanan Melayu Dalam Konteks Jatidiri Rakyat Malaysia “Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar”

k. Ketuanan Melayu Lambang Perpaduan, Kedaulatan & Kewibawaan Malaysia “ Prof Madya Dato’ Zainal Dato’ Burhan”

l. Falsafah Kelewahan Puji-Pujian Dalam Warkah Klasik Cairkan Ketuanan Melayu “Dr Rahmat Ghazali”

m. Konsep & Cabaran Dalam Pembinaan Negara Bangsa Dan Berdaulat “Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah Dan Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin”

n. Ketuanan Melayu Dalam Konteks Sosio, Budaya dan Kenegaraan Malaysia “ Prof Datuk Dr Zainal Kling”

o. Ketuanan Melayu Peneraju Perubahan Negara Bangsa “ Prof Dr Abd Rahim Abd Rashid”

p. Menjadi Tuan Di Tanah Sendiri “ Prof Datuk Dr Hashim Yaacob”

Etimologi

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[10] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[10]

Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Kertas Kerja Pembentangan di atas bagi dijadikan rujukan atau sumber bacaan, emailkan kepada shyfuuz76@gmail.com


3 comments:

Anonymous said...

Genial fill someone in on and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.

Anonymous said...

Hallo im Sexchat.


Dieser Sexchat bietet ihnen die Möglichkeit frau online und natürlich vieles mehr,sicherlich auch Heiße Live Chats
Hier im besten Sexchat findest du frau online Flirt und Sextalk
Eventuel suchst du Live Dates , mit Sicherheit bist du hier genau richtig.Ok,los gehts,stellt sich die Frage,worauf wartest du?
Live Dates live websexy ,schnell anmelden .
Suchst du jemand in Lausanne, oder von Zürich, oder DEUTSCLAND , vieleicht aus Waadt, in Aargau? Bestimmt ist da jemand dabei.!

Anonymous said...

Willkommen und Hallo hier im Erotikchat.


Unser Erotikchat gibt dir eine Möglichkeit ich suche eine frau und vieles mehr,wie Aufregend chatten
Hier in unsrem Erotikchat findest du ich suche eine frau Aufregend chatten
Eventuel suchst du Aufregend chatten , mit Sicherheit bist du hier genau richtig.Also,worauf wartest du?
Sexgeschichten sex kontakt ,schnell anmelden .
Suchst du jemand aus Wettingen, oder aus FrankfurtamMain, vieleicht von Zürich , oder in Wallis, oder von Knittelfeld? Mit Sicherheit ist jemand dabei.!